email +603-80008000

Persidangan Digital Sektor Awam 2023

Persidangan Digital Sektor Awam (PDiSA) 2023 adalah program anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Program ini merupakan program yang dijenamakan semula daripada program Public Sector CIO Convex (PSCC) yang telah diadakan pada tahun 2016.

PDiSA 2023 merupakan persidangan yang melibatkan penyertaan inklusif pemimpin digital kerajaan serta rakan strategik dari pihak industri termasuk pakar tempatan. Mereka berkumpul dan membincangkan pelbagai inisiatif dan potensi penambahbaikan bagi menghasilkan perkhidmatan Kerajaan yang lebih berkualiti dalam menghadapi masa depan digital dan mengutamakan keperluan rakyat. 

Penganjuran PDiSA 2023 juga adalah merupakan kesinambungan daripada persidangan yang telah diadakan pada tahun 2021 dan ini merupakan penganjuran kali kedua di bawah jenama PDiSA. Penganjuran persidangan ini adalah sangat relevan dengan peranan MAMPU sebagai peneraju agenda pendigitalan sektor awam.

TEMA PERSIDANGAN

"Pendigitalan Perkhidmatan Awam : Nadi Kesejahteraan Negara"

Dalam konteks pendigitalan perkhidmatan awam, digitalisasi perkhidmatan rakyat secara end-to-end  memastikan rakyat mendapat manfaat secara adil dan saksama tanpa sempadan. Setiap rakyat boleh mengakses perkhidmatan kerajaan secara inklusif dan bersepadu dalam usaha membina keharmonian dan kesejahteraan negara.